Terima kasih kerana menyertai kempen Hangatkan Sekolahku.
Layari laman web Hot FM setiap hari untuk mengetahui senarai pemenang terkini.
Nama Sekolah
Nama Pemenang
Sekolah saya lebih hangat kalau...
Hadiah
SK Penderas, Kuala Krau, Pahang Darul Makmur
Naufal Rafiqi
Pasukan softbalku berapi-rapi hangat, kerna softbal permainan yang menjadi sebutan, walaupun sekolahku sekolah orang asli, namun semuanya handal bermain sofbol tetapi sekolah kami selalu tersondol sebabnya kurang peralatan softbol. Waktu memukul, alangkahnya elok ada mesin bola, takler terkehel tangan cikgu Suhaimi melontar bola, bayangkan 100 biji seorang darab 30 orang... Mati beb, alangkah indah ada padang softbol yg khas.. tak perlulah berebut dengan pemain tegap bola sepak, alangkah cantiknya adanya jersi sofbal yang khas, takleh berkongsi jersi dengan mereka lagi sambil berkongsi panau dan kurap. Alangkah indahnya memukul dengan pemukul jenama Slugger... Sikit pukul terus home run... bukannya pemukul cap ayam, sekali pukul terus lekuk bola meleleh di kaki sahaja. Kami ada bilik sofbol tetapi bilik bagaikan bilik sauna.. kami mahu bilik yang best.. yang kami boleh relax setelah penat berlatih. Namun begitu tapi yang penting... Saya mahu pasukan sofbol hangattt dipersada Malaysiaa...
Hadiah Utama
SMK Kangkar Pulai Johor
Muhammad Ikhwan Danial
Pertandingan futsal di sekolah bersama dengan warga Hot FM atau pun pertandingan menceriakan kelas. Setiap warga Hot FM memilih satu kelas dan membuat penilaian kelas mana yang tercantik bersama.
RM1,000
SMK Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan
Muhammad Hariz Syafiq
Sudut bacaan dalam setiap kelas... Boleh isi masa lapang dengan baca buku. Tapi kami tak ada buku yang sesuai nak letak dalam sudut bacaan... Tolonglah Hot FM.
RM1,000
SMK Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Johor
Siti Nurasikin binti Haron
Ada satu tempat untuk main paintball sebab peralatan semua dah ada tapi dia punya tempat untuk sembunyi-sembunyi dia guna tong kosong jek. Cam takde feel plak nak main. Heheheh... Pastu kawasan dia pon kecik jek kat tepi padang. Kan best kalau kat sekolah saya tu ada kawasan khas untuk main paintball, syok sikit kalau ada sekolah-sekolah lain datang lawan kat sekolah saya. Tolongla, hangatkan la sekolah saya… please! Sekian, terima kasih.
RM1,000
SMK Seri Bintang Utara
Fatin Hanani Adnan
Kami ada bilik Sidang Redaksi yang lengkap dan cantik. Ini akan memudahkan tugas saya dan juga rakan-rakan yang lain sebagai ahli Sidang Redaksi sekolah. Kami perlu membuat kerja secara konsisten sepanjang tahun untuk memastikan bahawa kualiti majalah sekolah kami berada di tahap yang terbaik untuk memenangi anugerah Majalah Sekolah Terbaik sesi 2011. Untuk itu, kami memerlukan sebuah bilik yang lengkap. Bilik Sidang Redaksi yang kami ada buat masa ini amat jarang digunakan kerana bilik tersebut tidak lengkap dan bilik tersebut hanya akan digunakan untuk menyimpan majalah sekolah sahaja. Perjumpaan atau mesyuarat kami biasanya akan diadakan di Bilik Serbaguna, yang biasanya perlu 'direbut' dengan kelab-kelab lain terlebih dahulu sebelum dapat digunakan. Jika bilik Sidang Redaksi tersebut diubahsuai dan dilengkapkan, saya amat pasti yang kami tidak perlu berebut lagi dengan kelab-kelab yang lain. Saya juga pasti yang ahli-ahli Sidang Redaksi SMK Seri Bintang Utara dan juga guru-guru penasihat kami akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas masing-masing dalam badan khas ini sekiranya impian kami semua ini termakbul. Akhir kata, terima kasih Hot FM kerana mengadakan pertandingan seperti ini. Saya berharap semoga lebih banyak pertandingan seperti ini akan diadakan di masa akan datang supaya pelajar-pelajar sekolah lebih bersemangat mengharungi hari-hari persekolahan kami yang agak memenatkan tetapi dalam masa yang sama, menyeronokkan dengan telatah rakan masing-masing. :)
RM1,000
Nama Sekolah
Nama Pemenang
Sekolah saya lebih hangat kalau...
Hadiah
SMK Raja Lumu, Pelabuhan Klang, Selangor
Mohd Khairul Anuar bin Mohd Hatta
Sekolah saya ada peralatan musik seperti gitar, keyboard ke, drum ke... barulah best... ada microfon lagi best... boleh pelajar-pelajar yang berangan nak jadi artist ni prektis... cam saya laa tu... lagipun ramai pelajar sekolah saya yang ibu bapa mereka tidak berkemampuan tapi sebabkan minat mereka mendalam tentang muzik, habis meja sekolah dijadikan drum. Kalau ada alat musik sendiri, murid-murid dapat melepaskan penat mereka dan mereka jugalah bakal penganti tokoh-tokoh seperti Tan Sri P, Ramlee, allahyarham Sudirman, Shiela Majid, Ziana Zain, Dato' Siti Nurhaliza, Anuar Zain, dan lain-lain. Itu sahaja harapan saya untuk sekolah saya...
Hadiah Utama
Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Sarawak
Edzhar Khaulani bin Jemain
Kelab Sukan Memanah dan ada kelengkapan alatan memanah kerana 3 orang daripada sekolah kolej telah mewakili negeri (Sarawak) (sewaktu darjah 6) dan akan mewakili sekolah / daerah lagi untuk tahun ini dalam Sukan Memanah tapi kami tiada peralatan memanah.
RM1,000
SMK Bukit Pasir, Muar, Johor
Muhammad Baihaqie bin Zulkiflee
Sekolah saya akan lebih hangat kalu FBI, WAK AG dan Fara Fauzana dapt jadi cikgu buat 1 hari di sekolah saya, saya nak hot fm am crew ini dapat mengajar tingkatan 4 dan 5 belajar additional mathematics. Selain itu saya inginkan FBI dan WAK AG melatih budak 16 dan 17 tahun bermain bola sepak. Sebab sekolah saya tak dapat menghantar skuad bola sepak bawah 18 tahun. Sudah 2 tahun sekolah tak hantar skuad bola sepak bawah 18 tahun. Walau pun tak hantar sekurang-kurangnya kami berbanga dapat dilatih oleh 2 pemain yang tak terkenal pon dari club mana!!! Dan kalu boleh saya nk 1 sekolah dapat bersama-sama dengan skuad hot fm am crew!!!
RM1,000
SMK Felda Besout 1, Sungkai, Perak
Nor Shahirah binti Mohd Supian
Adanya satu gelangang badminton. Saya cadangkan ini kerana sekolah kami adalah kawasan luar bandar... jadi jika di sekolah saya mempunyai gelanggang badminton bolehlah pihak sekolah dan guru-guru mencungkil bakat yang ada dalam diri seseorang pelajar tersebut... saya amat meminati bidang sukan badminton. Jika diberi peluang saya ingin membuktikan bahawa anak orang kampung juga boleh berjaya...
RM1,000
SMK Taman Desa 2, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor
Mohamad Mahathir bin Khairuddin
Ada Bilik Snoezelen. Saya cadangkan ini kerana bilik ini perlu ada untuk pelajar-pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran sebagai tempat terapi mental dan fizikal dan memberi pemulihan terhadap pergerakkan motor kasar dan motor halus pelajar khas (OKU).
RM1,000
Kongsikan Kehangatan Sekolah Anda Bersama Hot FM
Tarikh kemaskini: 29 Apr 2011
Pekerjaan/Latihan Industri
Peluang untuk anda menyertai keluarga kami di Hot FM! Hantarkan resume anda untuk permohonan latihan industri serta peluang pekerjaan
Media Prima Radio Networks, 2nd Floor, South Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 03 7710 5022 (office) | Fax: 03 7710 7098